Penggunaan
perkataan “bah” merupakan satu perkataan yang paling istimewa buat orang Sabah.
Salah satu penggunaan kata yang membezakan bahasa Melayu Sabah dengan bahasa Melayu
standard ialah kata “bah” yang sering digunakan dalam percakapan. Kata tambah “bah”
mempunyai fungsi seperti berikut:
a) Kata
penyudah untuk menguatkan ekspresi kata seperti “iyabah” atau “iyalah”.
b) Kata
tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan
kata seperti “bah, kamu pigi lah dulu” atau “kamu pergilah dulu”.
c) Memberi
maksud sudah atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu iaitu “baiklah” atau “begitulah”. Contohnya:
bahasa Sabah: “Boy,
nanti ko pigi beli beras di kadai sana”. Boy menjawab, “bah”.
bahasa standard: ”Boy, nanti pergi beli beras di
kedai. Boy menjawab, “baiklah”.
d) Untuk
menegur atau menyapa orang. Lazimnya orang Sabah akan menyebut “bah” bila
berselisih dengan orang yang dikenali untuk tujuan menyapa orang tersebut.
Contohnya, ko orang KL bah kan?, sejuk bah ni air dan awal lagi bah.
Masyarakat
Sabah memang sinonim dengan perkataan “bah” yang begitu unik. Tetapi, saya
sering mendengar perkataan “bah” disalahgunakan oleh segelintir masyarakat.
Mereka suka menambah perkataan “bah” pada setiap akhir ayat. Contoh
penyalahgunaan perkataan “bah” adalah seperti berikut:
a) “apa
khabar bah?”- untuk bertanya khabar tetapi ayat ini salah.
b) “sudah
makan ka bah?”- bunyinya pelik
c) “bila
balik bah?’- ayat yang tidak betul
Oleh
itu, marilah kita bersama-sama menggunakan bahasa Sabah dengan betul.
Bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Tidak salah kalau salah cakap
sebagai langkah pertama untuk belajar.
No comments:
Post a Comment