Pada hari ini seperti biasa saya mengisi masa yang terluang dengan melayari internet dan membuka laman sosial facebook. Saya mendapat banyak maklumat yang berguna dan mengetahui tentang perkara-perkara yang berlaku di seluryh dunia tanpa perlu membaca surat khabar dan menonton televisyen. Semasa leka membaca cacatan atau status yang ditulis oleh rakan0rakan di laman sosial ini, saya telah terbaca status seseorang seperti yang terdapat pada rajah di atas. Status ini berkaitan dengan dirinya yang sedang manghadapi sakit kepala. Beberapa orang telah membalas status yang dia tulis atau pamerkan.
Dalam
ayat-ayat di atas terdapat penggunaan dialek seperti “tak dok", “pasaipa”
dan “sangait”. Seterusnya, terdapat juga penggunaan singkatan perkataan seperti
“tdo” iaitu “tidur” dan “nk” iaitu “nak” . Percampuran kod juga terdapat dalam
ayat-ayat di atas seperti “orait”. Mereka seharusnya menggunakan bahasa Melayu
Standard semasa membalas status tersebut agar dapat meningkatkan penggunaan
bahasa Melayu dan menanamkan minat atau rasa cinta terhadap bahasa Melayu di
dalam diri mereka.
No comments:
Post a Comment