Wednesday 10 October 2012

DIARI 11: PERCAMPURAN KOD DAN SINGKATAN PERKATAAN

Malam ini saya telah melayari internet seperti biasa. Saya telah melayari ‘facebook’. Semasa sedang asyik melayan ‘facebook’ , saya telah terbaca sebuah dialog yang ditulis dalam pautan“awak kalau awak marah saya jangan lama-lama”. nanti saye rindu. Ianya menceritakan tentang seorang budak bernama Ali yang sedang belajar cara untuk membuka akaun facebook. Antara perbualan tersebut ialah:

Ali: Abu…leh x ajar aku wat facebook?
Abu: Boleh je…ko g Mozilla, then taip la www.facebook.com.
Ali: Ok, then?
Abu: Ko isi la form tu smua mengenai ko…
Ali: Err…x de form laa..dia kuar “the page cannot be displayed”.
Abu: Ermm..mybe ada mslh pd connection internet ko kot.
Ali: Laa..kena ada internet ke? Rumah aku takde internet.

Melalui perbualan tersebut, kita dapat mengetahui bahawa ali tidak mempunyai pengetahuan tentang ‘facebook’ dan dia tidak mengetahui bahawa melayari internet memerlukan jaringan wifi. Semasa membaca dialog Ali dan Abu, saya mendapati terdapat kesalahan bahasa dalam perbualan tersebut iaitu berlaku percampuran kod ataupun percampuran bahasa antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Contohnya, perkataan “then”, “form” dan “connection”. Mereka juga menggunakan singkatan perkataan seperti “je” menggantikan “saja”, “x” menggantikan “tidak” manakala “de” menggantikan “ada” dalam bahasa Melayu. Kesan penggunaan percampuran kod dan singkatan perkataan ini akan menjejaskan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar. Oleh itu, percampuran kod dan singkatan perkataan tidak seharusnya digunakan dalam kalangan masyarakat sekarang terutamanya di laman sosial seperti ‘facebook’.




1 comment:

  1. Salam.. student degree , nak kena buat tesis semester ni. saya nak buat pasal percampuran kod. boleh tak bagi cdangan mengenai tajuk apa yg sesuai dgn percampuran kod dlm bidang sosiolinguistik.. terima kasih.. :)

    ReplyDelete