Beberapa hari yang
lalu, saya dan rakan pergi ke kafetaria untuk membeli makanan. Dalam perjalanan
ke kafetaria kami didatangi oleh beberapa orang pelajar dan mereka memberikan
satu templet berkaitan dengan minggu kempen sempena minggu kesihatan mental sedunia.
Tajuk kempen ini adalah Depresi: Krisis Global dan telah dianjurkan pada tarikh
9/10/2012 hingga 12/10/2012.
Melalui templet ini
saya mengetahui banyak maklumat berkaitan dengan kesihatan mental. Sesebuah
organisasi keanggotaan antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1948 iaitu WFMH
bertujuan mencegah gangguan mental dan emosi, memberi rawatan yang betul dan
mengelakkan gangguan mental dalam kalangan rakyat pelbagai negara. Terdapat
pelbagai jenis depresi iaitu mayor depresi, atipikal depresi, depresi psikotik,
dysthymia dan manic depresi. Penyakit depresi ini boleh dicegah melalui makan
makanan seimbang, tidur yang mencukupi dan berkongsi masalah dengan keluarga
dan teman-teman yang rapat.
Di dalam templet
tersebut terdapat beberapa kesalahan ejaan seperti perkataan “kalang”,
“emosiona” dan “bahwa”. Kesalahan tanda baca juga terdapat dalam templet ini
iaitu dipenghujung ayat terdapat tanda koma. Sepatutnya, bahagian akhir ayat
mesti menggunakan tanda noktah dan bukannya tanda koma. Kesalahan-kesalahan
sebegini tidak sepatutnya terdapat pada sesuatu templet kerana ianya akan
menyebabkan minat orang untuk membaca templet tersebut berkurangan.
No comments:
Post a Comment