Semalam
kolej Za’ba telah mengadakan program “Kz Hour” yang mana semua lampu di rumah
harus dipadamkan selama sejam bermula daripada jam 9 malam hingga 10 malam. Hal
ini bertujuan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Semasa jam
menunjukkan jam 9 malam, kami memadamkan lampu dan rakan saya yang berasal dari
Semenanjung bersorak mengatakan “api padam”. Kami yang berasal dari Sabah
berasa terkejut dan mengatakan “di mana ada api”. Mereka pun memberitahu kami bahawa “api”
membawa maksud elektrik. Kami yang berasal dari Sabah pun mengatakan bahawa di tempat
kami sekiranya bekalan elektrik terputus kami menyebutnya sebagai “mati karan”.
Lima
belas minit kemudian setelah kami memadamkan lampu, rakan saya yang juga
berasal dari Sabah hendak pergi ke tandas. Dia bertanyakan kepada kami bahawa
dia hendak meminjam “senter”. Rakan yang lain kebingungan kerana tidak memahami
maksud perkataan “senter” itu. Dia kemudiannya menjelaskan bahawa dia hendak
meminjam lampu suluh untuk ke tandas kerana gelap. Maksud perkataan “senter” di
sini adalah “lampu suluh”.
Istilah
yang berbeza di antara Sabah dan Semenanjung menyebabkan pemahaman yang
berlainan terhadap sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment